Wednesday, December 26, 2007

living room konsep biji saga


ni design living room sebelah dapur konsep biji saga..nampak agak extreme dan keras..sesuai dengan merah saga yang hot....kalau kita tengok layout ruang ni ..seperti kediaman yang sederhana..tapi kerana sentuhan konsep merah yang berani ruang ni dah bertukar jadi agresif dan happening...

Friday, December 21, 2007

selama tinggal 2007

apa bila matahari terbit nanti..aku akan meninggalkan kau..terima kasih untuk saat indah bersama mu..terima kasih kerana berkongsi kisah air mata ku..

aku akan meninggalkan kau..kerana takdir hidup..kerana dunia berputar..kerana alam telah dijadikan begitu..tak mungkin aku bersama mu buat selamanya..

selamat tinggal 2007..kau tetap dalam hatiku..

tv room konsep epal




green apple minta design tv room ke..aku buat la satu..sebenarnya aku tak tahu apple punya budget dan konsep yang dia mahu...aku ingat apple..konsep apple laaa...dan yang di maksudkan tv room mungkin sebuah bilik untuk layan audio visual..bukan living room..


design ni lebih kepada decor..bukan remodeling..so beli sofa yang sesuai..perabot ala kadar..cat lebih kurang..cari painting atau poster yang match dengan suasan..dan tukar sarung bantal..dapat la efek macam epal..


sesuai untuk rumah budget sederhana..apartment dan teres..kalau anak ramai macam aku..sepah sikit pun tak pe..ok green apple...
ok..ada sesiapa lagi mahu design ...konsep cili merah ke..konsep sayur kobis ke..konsep cucur udang ke..i'm always be here for u..

Tuesday, December 11, 2007

interior design

dulu interior design..sekarang interior architecture...aku nak tunjuk beberapa kerja design simple yang aku buat....ok tak...

Tuesday, December 4, 2007

swimming la plak

hari ahad lepas we all gi swimming dari pukul 5 sampai pukul 7 lebih... sampai kecut ..sejuk..sara dah menggigil
ok..balik dah maghrib nih..
imran ni posing je lebih
cam nila jadi bapak

main skateboard

sejak dua bulan lalu aktiviti mingguan kami sekeluarga ialah main skate board di Extreme Park Shah Alam...aku seronok sebab tengok bebudak tu aktif...aku cuma duduk jauh-jauh ambil gambar...best tinggal di Shah Alam..banyak tempat yang cool..dan aku pun berpeluang jadi ayah yang cool.. imran tengah layan skate boardsara tu sibuk je lebih
imran sakit kaki

hakim yang paling cemerlang..macam macam skill
tapi yang payahnya waktu nak balik..aimanla yang ditugaskan misi mencari dan menyelamat

Sunday, December 2, 2007

Rock kembali..


surat khabar semalam..ada advert...Rythm of Champion..saringan...bahasa melayu dia Rentak Juara..kat RTM...aku melompat bila baca..terus call si Jendol gitaris aku...amacam bro mau masuk ke...ada berani ke....dia kata ok...so lepas ni setiap hujung minggu aku akan bz jamming...pemilihan di KL pada Februari dan Melaka Januari..aku nak masuk dua-dua..

jangan marah kalau aku selalu melalak...ni nak masuk pertandingan ni bukan apa...yyaaaa...kejayaan Jinbara dalam Muzik-Muzik 2007 membangkitkan semangat aku....