abah dulu pernah menyanyi kat rumah orang kawin...ibu selalu menyanyi masa nak tidurkan aku...along pernah menyanyi kat pesta Bandar Hilir ...aku penah masuk audition Sinaran Pasport Kegemilangan disamping konsert kat Universiti dan Battle of The Band Uptown...Fikry kat karaoke kotak....Acik kat dalam bilik air (sebab tu pintu bilik air selalu roboh)
Thursday, November 15, 2007
kami keluarga seni
abah dulu pernah menyanyi kat rumah orang kawin...ibu selalu menyanyi masa nak tidurkan aku...along pernah menyanyi kat pesta Bandar Hilir ...aku penah masuk audition Sinaran Pasport Kegemilangan disamping konsert kat Universiti dan Battle of The Band Uptown...Fikry kat karaoke kotak....Acik kat dalam bilik air (sebab tu pintu bilik air selalu roboh)
mimpi lagi

aku ni banyak mimpi sebenarnya...hujung tahun ni azam aku nak begi abah duit sikit nak besarkan dapur...selain tu nak tanam cili..buat pertanian..
aku teringin juga nak ke New Zealand..member cerita kat sana orang kutip buah epal boleh dapat RM 10,000 sebualan betul ka?...best tu...teringin juga aku nak sambung belajar kat sana..pagi petik epal sampai pukul 12 pastu study la..seronok...
tapi aku pikir balik..kat Malaysia boleh tak kita dapat duit banyak tu...boleh..kena pandai la..
aku je yang tak pandai cari duit..berangan je lebih
lepas raya
sekarang aku out station incharge bahagian selatan...so sesekali boleh aku ke Singapura..
Monday, November 5, 2007
Seteguh Tekad
sebuah buku Autobiografi dari Prof Sidek Baba...aku balik aku baca...halaman setebal 320 muka itu aku habiskan dalam masa setengah hari...hati aku sebak..mengembang...semangat aku rasa macam nak meletup...
Prof Sidek Baba..beliau anak orang miskin...mengambil keputusan untuk belajar dengan berkayuh sejahu 45km dari Mesjid Tanah ke Bandar Melaka setiap hari...kerana tidak mahu jadi penoreh getah...
beliau mendapat gred 3 dalam SPM..beliau mengambil STPM sebanyak 7 kali..
di US ketika buat Master Degree beliau hanya belikan baju terpakai untuk anaknya seramai lapan orang untuk hari raya...bila anaknya tanya..beliau dengan pilu menunjukkan buku akaun beliau yang tinggal 14 dollar..
hari ini dia seorang Profesor..aku seperti rasa ingin berjumpa beliau ingin bersalam..dan menyatakan syabas...
melihat beliau ..aku melihat kembali kedalam diri aku..apakah aku mampu sesabar beliau?..yang pasti Sabtu yang lalu adalah hari yang sungguh bermakna..terima kasih Prof.
Friday, November 2, 2007
motor yang bakal cipta sejarah

semalam aku repair motor tukar ekzos..sayang motor elite aku ni..walau motor eligent adik aku lagi best..hari ni aku pergi kerja naik motor ni..laju lagi motor ni..motor yang aku beli pada tahun 2005...aku call fikry adik aku..ajak konvoi ..dia tak nak pulak..motor ni walau kecik tapi boleh cipta sejarah...
tulisan waktu malam(pagi)
Lepas periksa ni hidup lebih santai. Aku beli majalah Roda-Roda keluaran November. Ambil motor kat workshop, tukar ekzos baru…lari 120 km sejam senang-senang je..Baru jantan…
He then gets out as a healthy person, and capable to have a good job in a factory. Ending of the film shows Mamat wearing an executive suite, walking out of the factory, with a new girlfriend and….riding a bicycle…hahahahaha….ooo..it is in 70’s.
