Wednesday, December 26, 2007

living room konsep biji saga


ni design living room sebelah dapur konsep biji saga..nampak agak extreme dan keras..sesuai dengan merah saga yang hot....kalau kita tengok layout ruang ni ..seperti kediaman yang sederhana..tapi kerana sentuhan konsep merah yang berani ruang ni dah bertukar jadi agresif dan happening...

Friday, December 21, 2007

selama tinggal 2007

apa bila matahari terbit nanti..aku akan meninggalkan kau..terima kasih untuk saat indah bersama mu..terima kasih kerana berkongsi kisah air mata ku..

aku akan meninggalkan kau..kerana takdir hidup..kerana dunia berputar..kerana alam telah dijadikan begitu..tak mungkin aku bersama mu buat selamanya..

selamat tinggal 2007..kau tetap dalam hatiku..

tv room konsep epal




green apple minta design tv room ke..aku buat la satu..sebenarnya aku tak tahu apple punya budget dan konsep yang dia mahu...aku ingat apple..konsep apple laaa...dan yang di maksudkan tv room mungkin sebuah bilik untuk layan audio visual..bukan living room..


design ni lebih kepada decor..bukan remodeling..so beli sofa yang sesuai..perabot ala kadar..cat lebih kurang..cari painting atau poster yang match dengan suasan..dan tukar sarung bantal..dapat la efek macam epal..


sesuai untuk rumah budget sederhana..apartment dan teres..kalau anak ramai macam aku..sepah sikit pun tak pe..ok green apple...
ok..ada sesiapa lagi mahu design ...konsep cili merah ke..konsep sayur kobis ke..konsep cucur udang ke..i'm always be here for u..

Tuesday, December 11, 2007

interior design

dulu interior design..sekarang interior architecture...aku nak tunjuk beberapa kerja design simple yang aku buat....ok tak...

Tuesday, December 4, 2007

swimming la plak

hari ahad lepas we all gi swimming dari pukul 5 sampai pukul 7 lebih... sampai kecut ..sejuk..sara dah menggigil
ok..balik dah maghrib nih..
imran ni posing je lebih
cam nila jadi bapak

main skateboard

sejak dua bulan lalu aktiviti mingguan kami sekeluarga ialah main skate board di Extreme Park Shah Alam...aku seronok sebab tengok bebudak tu aktif...aku cuma duduk jauh-jauh ambil gambar...best tinggal di Shah Alam..banyak tempat yang cool..dan aku pun berpeluang jadi ayah yang cool.. imran tengah layan skate boardsara tu sibuk je lebih
imran sakit kaki

hakim yang paling cemerlang..macam macam skill
tapi yang payahnya waktu nak balik..aimanla yang ditugaskan misi mencari dan menyelamat

Sunday, December 2, 2007

Rock kembali..


surat khabar semalam..ada advert...Rythm of Champion..saringan...bahasa melayu dia Rentak Juara..kat RTM...aku melompat bila baca..terus call si Jendol gitaris aku...amacam bro mau masuk ke...ada berani ke....dia kata ok...so lepas ni setiap hujung minggu aku akan bz jamming...pemilihan di KL pada Februari dan Melaka Januari..aku nak masuk dua-dua..

jangan marah kalau aku selalu melalak...ni nak masuk pertandingan ni bukan apa...yyaaaa...kejayaan Jinbara dalam Muzik-Muzik 2007 membangkitkan semangat aku....

Sunday, November 25, 2007

imran berlakon










last week end sara dan imran buat persembahan di sekolah..ala


hai kiutnya la bebudak tu. diam tak diam dah besar dah....


dalam ramai tu imran memang menyerlah la dengan aksi ganasnya

napa la cikgu suruh sara duduk baris belakang masa nasyid..lambat la nak popular

imran jadi ayah..anak dia dah mati..kesian


lepas buat persembahan dapat hadiah

Friday, November 23, 2007

Hakim lagi



satu malam aku tetiba nampak Hakim main dengan bongkah-bongkah kayu yang di beli di sekolah..aku tengok..kreatif jugak mamat ni...aku ambil kamera terus rakam aksi dia...


air terjun Kemensah






last weekend boring-boring bawa askar pi air terjun Kemensah (belakang Zoo Negara)..

Friday, November 16, 2007

Hakim dapat nombor satu

Hakim anak aku nombor dua dapat tempat pertama kat sekolah dia...ni gambar masa hari penyampaian hadiah..





bersiap ke sekolah nak ambil hadiah


inilah sekolah Hakim..SK Seksyen 7 Shah Alam


laluan ke tempat penyampaian hadiah..banyak bendera..gemilangnya



dataran tempat Hakim dan Aiman berlari-lari waktu rehat


Hakim dan kawan-kawan


dapat hadiah sebab rajin belajar


semua orang gembira Hakim dapat nombor satu yeeeaaa..



ronda shah alam

boring hujung minggu lepas aku bawa family ronda Shah Alam..masuk Muzium, ke perpustakaan dan shopping complex...tengok la gelagat kami sekeluarga..begambar kat keretapi lama....rupanya kecik je tempat driver..kalau penat terpaksa tahan..belakang tu enjin..mesti panas


keretapi laju..Imran hampir terjatuh..tooloonngg!!!


dah penat sangat Imran tu

Thursday, November 15, 2007

kami keluarga seni

abah dulu pernah menyanyi kat rumah orang kawin...ibu selalu menyanyi masa nak tidurkan aku...along pernah menyanyi kat pesta Bandar Hilir ...aku penah masuk audition Sinaran Pasport Kegemilangan disamping konsert kat Universiti dan Battle of The Band Uptown...Fikry kat karaoke kotak....Acik kat dalam bilik air (sebab tu pintu bilik air selalu roboh)

mimpi lagi



aku ni banyak mimpi sebenarnya...hujung tahun ni azam aku nak begi abah duit sikit nak besarkan dapur...selain tu nak tanam cili..buat pertanian..

aku teringin juga nak ke New Zealand..member cerita kat sana orang kutip buah epal boleh dapat RM 10,000 sebualan betul ka?...best tu...teringin juga aku nak sambung belajar kat sana..pagi petik epal sampai pukul 12 pastu study la..seronok...

tapi aku pikir balik..kat Malaysia boleh tak kita dapat duit banyak tu...boleh..kena pandai la..

aku je yang tak pandai cari duit..berangan je lebih

mimpi lain-lain

lepas raya

hari raya dah habis sebulan..tinggalah kita dengan cerita lepas raya...perrgghhh..ujian lepas raya ni berat betul....sebab semua nak settle lepas raya....aku pasang areal astro...kena duit...ambil kereta dari workshop (sebelum raya ada eksiden) kena duit..bayar bil pengajian yang tertunggak kena duit...repair skuter kena duit...campur tolak makan ribu-ribu juga...


sekarang aku out station incharge bahagian selatan...so sesekali boleh aku ke Singapura..

Monday, November 5, 2007

Seteguh Tekad

hari Sabtu lepas..paginya aku bergegas ke Kilang penerbitan Alaf 21....hajat hati nak cari majalah murah...tapi lain pula yang aku jumpa...
sebuah buku Autobiografi dari Prof Sidek Baba...aku balik aku baca...halaman setebal 320 muka itu aku habiskan dalam masa setengah hari...hati aku sebak..mengembang...semangat aku rasa macam nak meletup...

Prof Sidek Baba..beliau anak orang miskin...mengambil keputusan untuk belajar dengan berkayuh sejahu 45km dari Mesjid Tanah ke Bandar Melaka setiap hari...kerana tidak mahu jadi penoreh getah...

beliau mendapat gred 3 dalam SPM..beliau mengambil STPM sebanyak 7 kali..

di US ketika buat Master Degree beliau hanya belikan baju terpakai untuk anaknya seramai lapan orang untuk hari raya...bila anaknya tanya..beliau dengan pilu menunjukkan buku akaun beliau yang tinggal 14 dollar..

hari ini dia seorang Profesor..aku seperti rasa ingin berjumpa beliau ingin bersalam..dan menyatakan syabas...

melihat beliau ..aku melihat kembali kedalam diri aku..apakah aku mampu sesabar beliau?..yang pasti Sabtu yang lalu adalah hari yang sungguh bermakna..terima kasih Prof.

Friday, November 2, 2007

motor yang bakal cipta sejarah


semalam aku repair motor tukar ekzos..sayang motor elite aku ni..walau motor eligent adik aku lagi best..hari ni aku pergi kerja naik motor ni..laju lagi motor ni..motor yang aku beli pada tahun 2005...aku call fikry adik aku..ajak konvoi ..dia tak nak pulak..motor ni walau kecik tapi boleh cipta sejarah...

tulisan waktu malam(pagi)

Lepas periksa ni hidup lebih santai. Aku beli majalah Roda-Roda keluaran November. Ambil motor kat workshop, tukar ekzos baru…lari 120 km sejam senang-senang je..Baru jantan…

Hari ini aku relaks, sifat hangin aku kurang bila aku tengok cemana buruknya rupa muka member aku angin, memang tak berapa elok. Tuhan itu maha bijak sana, dia mendidik kita dengan lembut sekali. Aku tersenyum.

Sekarang pukul 2 pagi. Aku mengadap laptop selepas bangun dari katil kerana tak dapat tidur. Aku ke 7 eleven, get a bottle of Vanilla Coke. Enjoy it while watching TV2. Malam ni TV2 tayang an old documentary. It is about a Malaysian Mental Hospital. Tanjung Rambutan. Its old ..the film is in black and white. I presume it is in the 70’s. mmm layan…

Dia tunjuk sorang Mamat..putus tunang masuk hospital gila. Mamat tu tak boleh dengar lagu cinta. Dia akan mengamuk. Kikikiki…

But doctor there was so good in psychology. They will give a mental therapy; let them do something, works so that the patient will be able to forget their shocking memories. Mmmm..so what I always did is correct. If I’m in stress or depression, I always get my self busy…mostly blogging..hohoho..
Guess what, one of their activities is painting. Yup ..painting as I know can make you relief. But Im not crazy loh..I just love painting.

End of the documentary, that Mamat finaly recovered and able to perform a singing in the hospital annual concert .mmm..Why most of the activity related to my interest?
He then gets out as a healthy person, and capable to have a good job in a factory. Ending of the film shows Mamat wearing an executive suite, walking out of the factory, with a new girlfriend and….riding a bicycle…hahahahaha….ooo..it is in 70’s.

Lepas tulis ni aku nak tidur…I got an important things to do tomorrow. Not tomorrow, next five and a half hour. Sweet dream guys.

Sunday, October 28, 2007


apa nak sembang ni....next 30 minutes will be my last exam paper for my Master Degree course....after this no more exam..yahoooo..may be this will be the last exam paper in my whole life..(PhD will be by research hehe) my head full..dizzy..I need to loose it up..so I open my Friendster...hehehhe...see those beautiful smile...adding up new friends..
what will I do after this..vacation...movie...writing...chatting..painting...gym..hohoho..so many things out there waiting for me...

kikiki...ada jugak ingat nak bertani..

designer yang tak pernah puas



Start dari tahun depan....Registered Corporate Member MSID (Malaysian Society of Interior Designer) kena tambah IDr kat depan nama dia....kuang..kuang..kuang...so nama aku dah ada gelaran kat depan...

aku sebenarnya bersyukur jadi designer...tapi gelaran itu perlu lebih pengisian...

aku selalu berkata..aku tak pernah puas ....kalau letak aku dalam stadium..aku akan lari sampai luar stadium...kalau letak aku dalam rumah..aku akan lompat keluar ikut tingkap..kalau letak aku kat dalam sangkar..aku akan gegar sampai roboh..kalau ikat aku dan simpan dalam kotak..aura aku akan terasa dari luar...

bulan 3 nanti aku konvo lagi...pastu aku akan lompat lagi...lompat biar ke depan..lompat tinggi-tinggi..

as a designer sekarang ni aku tengah cuba ubah imej polis Malaysia..kikikiki...Polis Malaysia dah tak macam dulu..

Syukur di hari raya

Syukur hari ini aku mampu berfikir dan melihat diri aku sendiri. Hari Raya selalunya waktu untuk aku melihat semalam dan hari esok. Melihat apa yang aku tinggalkan, sejauh mana aku harus berjalan untuk esok. Syukur aku lalui hari raya kali ini dalam kesedaran. Sedar untuk melihat diriku, keluarga, ibu abah, adik-adik and along.

Seperti biasa aku hiba melihat kampong halaman. Damainya dikampung. Tetapi mustahil untuk aku kembali. Tubuh aku bukan milik aku. Aku harus gerakkan ia untuk orang lain. Tapi aku akan kembali dengan harapan dan semangat.

Terima kasih abah kerana bekalkan kami kampong halaman, tempat kami membina dan memulihkan semangat. Bagi terus berjuang untuk hidup.

Thursday, October 11, 2007

syabas Malaysia



syabas dr Muzaffar...angkasawan Malaysia yang pertama..aku suka sangat...kenapa aku suka sangat?..sebab dia berumur 35 tahun..apa kena mengena dengan aku?...kalau orang umur 35 tahun boleh buat sesuatu yang bermakna..bereti aku belum terlambat nak buat sesuatu untuk hidup aku....aku baru 33...yeahh..mesti boleh..

Syawal datang lagi


Syawal datang lagi...esok lepas sahur aku akan drive ke Melaka....Ramadhan tahun ni tak berapa success..cuma aku happy tengok Imran puasa..bila dia jerit..lapa-lapar...aku kata..meh sini..walid goreng nugget..dia kata..tak nak-tak nak...penah sekali sara nak hulur air kat dia..dia kata tak boleh nanti tuhan marah..terharu aku tengok..memang Imran kuat semangat...

Raya nanti yang paling best semayang raya dengan abah dan ibu..maaf maafan...dan rendang yang ibu masak..
dah lama juga aku tak ke Parit Sulong tengok kebun..aku selalunya akan jumpa kekawan aku di Melaka...terkenang zaman remaja..dan raya yang paling menyentuh adalah nostalgianya..masa kecil aku beraya dibandar Melaka..aku orang bandar..sehari sebelum raya aku akan pusing bandar Melaka cari songkok dan butang baju melayu...walau dibandar tapi abah akan bawa balik ke kampung..dulu ada atok..ada sedara-sedara abah..tak best juga sebab semua orang cakap Jawa..aku tak faham..orang sembang je laa..aku belasah rempeyek , dodol dan tumpi je..

Semalam aku dan Lia berbincang panjang..tentang raya..tentang future...terutama niat aku nak ke luar negeri..aku ada apply kerja di luar negara..luar Malaysia...harap dapat..
I need a big jump...ye lah bila bincang tu ada pro ada kontra...result dia kita akan tahu bila kita try..

bebarapa kawan aku sedang bertugas di Timur Tengah..Eropah..dan Singapura...they just did it...rasa you all faham apa yang aku rasa..
Raya ni buat aku lebih berfikir..

Selamat Hari Raya semua..maaf zahir batin..

Tuesday, September 18, 2007

IMRAN DAN SARA


ni foto Sara dengan Imran..pakai topi yang aku belikan dari Surabaya...kikiki...memang kelakar muka dia orang...


Imran memang mewarisi bakat aku melawak.....seronoknya bulan puasa ni tengok Imran tahan puasa..