Syukur hari ini aku mampu berfikir dan melihat diri aku sendiri. Hari Raya selalunya waktu untuk aku melihat semalam dan hari esok. Melihat apa yang aku tinggalkan, sejauh mana aku harus berjalan untuk esok. Syukur aku lalui hari raya kali ini dalam kesedaran. Sedar untuk melihat diriku, keluarga, ibu abah, adik-adik and along.
Seperti biasa aku hiba melihat kampong halaman. Damainya dikampung. Tetapi mustahil untuk aku kembali. Tubuh aku bukan milik aku. Aku harus gerakkan ia untuk orang lain. Tapi aku akan kembali dengan harapan dan semangat.
Terima kasih abah kerana bekalkan kami kampong halaman, tempat kami membina dan memulihkan semangat. Bagi terus berjuang untuk hidup.
Sunday, October 28, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment