Friday, November 16, 2007

ronda shah alam

boring hujung minggu lepas aku bawa family ronda Shah Alam..masuk Muzium, ke perpustakaan dan shopping complex...tengok la gelagat kami sekeluarga..begambar kat keretapi lama....rupanya kecik je tempat driver..kalau penat terpaksa tahan..belakang tu enjin..mesti panas


keretapi laju..Imran hampir terjatuh..tooloonngg!!!


dah penat sangat Imran tu

Thursday, November 15, 2007

kami keluarga seni

abah dulu pernah menyanyi kat rumah orang kawin...ibu selalu menyanyi masa nak tidurkan aku...along pernah menyanyi kat pesta Bandar Hilir ...aku penah masuk audition Sinaran Pasport Kegemilangan disamping konsert kat Universiti dan Battle of The Band Uptown...Fikry kat karaoke kotak....Acik kat dalam bilik air (sebab tu pintu bilik air selalu roboh)

mimpi lagi



aku ni banyak mimpi sebenarnya...hujung tahun ni azam aku nak begi abah duit sikit nak besarkan dapur...selain tu nak tanam cili..buat pertanian..

aku teringin juga nak ke New Zealand..member cerita kat sana orang kutip buah epal boleh dapat RM 10,000 sebualan betul ka?...best tu...teringin juga aku nak sambung belajar kat sana..pagi petik epal sampai pukul 12 pastu study la..seronok...

tapi aku pikir balik..kat Malaysia boleh tak kita dapat duit banyak tu...boleh..kena pandai la..

aku je yang tak pandai cari duit..berangan je lebih

mimpi lain-lain

lepas raya

hari raya dah habis sebulan..tinggalah kita dengan cerita lepas raya...perrgghhh..ujian lepas raya ni berat betul....sebab semua nak settle lepas raya....aku pasang areal astro...kena duit...ambil kereta dari workshop (sebelum raya ada eksiden) kena duit..bayar bil pengajian yang tertunggak kena duit...repair skuter kena duit...campur tolak makan ribu-ribu juga...


sekarang aku out station incharge bahagian selatan...so sesekali boleh aku ke Singapura..

Monday, November 5, 2007

Seteguh Tekad

hari Sabtu lepas..paginya aku bergegas ke Kilang penerbitan Alaf 21....hajat hati nak cari majalah murah...tapi lain pula yang aku jumpa...
sebuah buku Autobiografi dari Prof Sidek Baba...aku balik aku baca...halaman setebal 320 muka itu aku habiskan dalam masa setengah hari...hati aku sebak..mengembang...semangat aku rasa macam nak meletup...

Prof Sidek Baba..beliau anak orang miskin...mengambil keputusan untuk belajar dengan berkayuh sejahu 45km dari Mesjid Tanah ke Bandar Melaka setiap hari...kerana tidak mahu jadi penoreh getah...

beliau mendapat gred 3 dalam SPM..beliau mengambil STPM sebanyak 7 kali..

di US ketika buat Master Degree beliau hanya belikan baju terpakai untuk anaknya seramai lapan orang untuk hari raya...bila anaknya tanya..beliau dengan pilu menunjukkan buku akaun beliau yang tinggal 14 dollar..

hari ini dia seorang Profesor..aku seperti rasa ingin berjumpa beliau ingin bersalam..dan menyatakan syabas...

melihat beliau ..aku melihat kembali kedalam diri aku..apakah aku mampu sesabar beliau?..yang pasti Sabtu yang lalu adalah hari yang sungguh bermakna..terima kasih Prof.

Friday, November 2, 2007

motor yang bakal cipta sejarah


semalam aku repair motor tukar ekzos..sayang motor elite aku ni..walau motor eligent adik aku lagi best..hari ni aku pergi kerja naik motor ni..laju lagi motor ni..motor yang aku beli pada tahun 2005...aku call fikry adik aku..ajak konvoi ..dia tak nak pulak..motor ni walau kecik tapi boleh cipta sejarah...