Sunday, October 28, 2007

designer yang tak pernah puas



Start dari tahun depan....Registered Corporate Member MSID (Malaysian Society of Interior Designer) kena tambah IDr kat depan nama dia....kuang..kuang..kuang...so nama aku dah ada gelaran kat depan...

aku sebenarnya bersyukur jadi designer...tapi gelaran itu perlu lebih pengisian...

aku selalu berkata..aku tak pernah puas ....kalau letak aku dalam stadium..aku akan lari sampai luar stadium...kalau letak aku dalam rumah..aku akan lompat keluar ikut tingkap..kalau letak aku kat dalam sangkar..aku akan gegar sampai roboh..kalau ikat aku dan simpan dalam kotak..aura aku akan terasa dari luar...

bulan 3 nanti aku konvo lagi...pastu aku akan lompat lagi...lompat biar ke depan..lompat tinggi-tinggi..

as a designer sekarang ni aku tengah cuba ubah imej polis Malaysia..kikikiki...Polis Malaysia dah tak macam dulu..

Syukur di hari raya

Syukur hari ini aku mampu berfikir dan melihat diri aku sendiri. Hari Raya selalunya waktu untuk aku melihat semalam dan hari esok. Melihat apa yang aku tinggalkan, sejauh mana aku harus berjalan untuk esok. Syukur aku lalui hari raya kali ini dalam kesedaran. Sedar untuk melihat diriku, keluarga, ibu abah, adik-adik and along.

Seperti biasa aku hiba melihat kampong halaman. Damainya dikampung. Tetapi mustahil untuk aku kembali. Tubuh aku bukan milik aku. Aku harus gerakkan ia untuk orang lain. Tapi aku akan kembali dengan harapan dan semangat.

Terima kasih abah kerana bekalkan kami kampong halaman, tempat kami membina dan memulihkan semangat. Bagi terus berjuang untuk hidup.

Thursday, October 11, 2007

syabas Malaysia



syabas dr Muzaffar...angkasawan Malaysia yang pertama..aku suka sangat...kenapa aku suka sangat?..sebab dia berumur 35 tahun..apa kena mengena dengan aku?...kalau orang umur 35 tahun boleh buat sesuatu yang bermakna..bereti aku belum terlambat nak buat sesuatu untuk hidup aku....aku baru 33...yeahh..mesti boleh..

Syawal datang lagi


Syawal datang lagi...esok lepas sahur aku akan drive ke Melaka....Ramadhan tahun ni tak berapa success..cuma aku happy tengok Imran puasa..bila dia jerit..lapa-lapar...aku kata..meh sini..walid goreng nugget..dia kata..tak nak-tak nak...penah sekali sara nak hulur air kat dia..dia kata tak boleh nanti tuhan marah..terharu aku tengok..memang Imran kuat semangat...

Raya nanti yang paling best semayang raya dengan abah dan ibu..maaf maafan...dan rendang yang ibu masak..
dah lama juga aku tak ke Parit Sulong tengok kebun..aku selalunya akan jumpa kekawan aku di Melaka...terkenang zaman remaja..dan raya yang paling menyentuh adalah nostalgianya..masa kecil aku beraya dibandar Melaka..aku orang bandar..sehari sebelum raya aku akan pusing bandar Melaka cari songkok dan butang baju melayu...walau dibandar tapi abah akan bawa balik ke kampung..dulu ada atok..ada sedara-sedara abah..tak best juga sebab semua orang cakap Jawa..aku tak faham..orang sembang je laa..aku belasah rempeyek , dodol dan tumpi je..

Semalam aku dan Lia berbincang panjang..tentang raya..tentang future...terutama niat aku nak ke luar negeri..aku ada apply kerja di luar negara..luar Malaysia...harap dapat..
I need a big jump...ye lah bila bincang tu ada pro ada kontra...result dia kita akan tahu bila kita try..

bebarapa kawan aku sedang bertugas di Timur Tengah..Eropah..dan Singapura...they just did it...rasa you all faham apa yang aku rasa..
Raya ni buat aku lebih berfikir..

Selamat Hari Raya semua..maaf zahir batin..

Tuesday, September 18, 2007

IMRAN DAN SARA


ni foto Sara dengan Imran..pakai topi yang aku belikan dari Surabaya...kikiki...memang kelakar muka dia orang...


Imran memang mewarisi bakat aku melawak.....seronoknya bulan puasa ni tengok Imran tahan puasa..

Sunday, September 16, 2007

ramadhan

bekerja di bulan Ramadhan memang mencabar..aku carpool dengan member...nak jimat la katakan..(sampai bila la nak berjimat ni).....kerja balik pukul 4.30...tapi pukul 5.30 aku kena ke kelas...sikit je lagi..sikit je lagi...tak lama lagi abis la..penyakit malas aku dah sampai nih..

kekadang aku rimas dengan sekeliling aku...cam tu je..walau baru setahun aku dalam situasi macam ni aku dah rasa bosan....aku perlu motivasi...tapi bukan mudah mencipta motivasi untuk aku bergerak...

bulan ramadhan... enjoy beli makanan berbuka...dengan Lia...pastu dengan anak-anak buka puasa..lihat kerenah anak-anak beli makanan nak macam-macam bila makan..selalu tak abis..aku juga kena abiskan..perut aku juga yang naik..

tahun raya mesti best..apa jadi pun raya mesti best...


Pelan Rumah Seremban

Semalam abah call...tanya pasal rumah kat Seremban...dia suruh buat....aku memang dah lama nak buat rumah tu..tapi banyak benda yang belum settle...aku pun fikir untuk mengurangkan budget...dari RM 100k kepada RM 50 k.....hasilnya adalah design seperti diatas..aku ubah design tu siap dalam masa 2 jam...tengok macam kuarters TNB je...

takpe..yang penting buat...nanti dah kaya besok boleh la fikir nak besarkan atau tambah swiming pool